rut

rut

Thursday 19 April 2012

POLITEKNIK KOTA KINABALU TIDAK SELAMAT ?



Ada kewajarannya jika warga Politeknik Kota Kinabalu dan rakyat Sabah secara keseluruhannya perlu , merasa bimbang dan  'terancam' keselamatan anak-anak mereka berdasarkan perkembangan terkini politeknik yang siap dibina pada tahun 2003 itu. Kawasan yang pada mulanya adalah kawasan payau bakau, yang kemudiannya ditimbus untuk tujuan pembinaan  menyebabkan politeknik ini mengalami masalah mendapan Tanah yang serius. Selain daripada struktur pembinaannya yang tidak bermutu sehingga beberapa blok bangunan ini turut mengalami keretakan yang kronik.

Daripada beberapa sumber yang dipercayai juga mengakui bahawa Politeknik Kota Kinabalu ini tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki atau CF dari pihak berkuasa Tempatan. Namun yang menghairankan ialah bagaimana Politeknik ketujuh di bawah kelolaan dan seliaan Jabatan pengajian Politeknik (JPP) Kementerian pengajian Tinggi yang    menawarkan pengajian peringkat Diploma selama 3 tahun ini boleh 'terlepas' dan beroperasi selama hampir 9 tahun.Malahan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, dikhabarkan telah mengeluarkan surat bahawa Politeknik ini tidak selamat.

Gambar menunjukkan bumung bangunan ini terturun kerana mendapan tanah.

Selain itu beberapa rungutan mengenai keselamatan harta benda juga berlaku. Dikhabarkan kes kecurian peralatan di Politeknik ini turut berlaku. Beberapa kes kecurian seperti  aircorn dan peralatan lain juga berlaku walaupun di sebelah pintu utama politeknik ini ada pondok kawalan keselamatan.



Daripada tinjauan yang dilakukan, memang ada asasnya dakwaan sesetengah pihak berkaitan dengan isu ini. beberapa gambar yang disertakan juga menunjukkan memang benar berlaku keretakan di beberapa blok bangunan ini selain daripada bangunan di Blok B yang sedang dibaik pulih kerana mengalami masalah mendapan yang serius.


Jika benar berlaku salah guna kuasa ketika pembinaan Politeknik ini, atau terdapat unsur ketidaktelusan dalam pengurusan yang membabitkan pemberian 'kebenaran' untuk menduduki bangunan yang tidak selamat ini, satu laporan kepada SPRM perlu dibuat dan sewajarnya pihak SPRM mengambil tindakan mengenai perkara ini.







Pihak kerajaan negeri dan juga kementerian Pengajian Tinggi seharusnya peka kepada masalah yang berlaku ke atas politeknik ini , jangan hanya apabila berlaku kehilangan nyawa dan kerugian harta benda yang parah barulah mengambil tindakan. Waktu itu mungkin "nasi telah menjadi bubur".

Tuesday 28 February 2012

jadi kan ia pengajaran..

SAYANG, I NAK RABA SAYANG.. SIKIT JE


Lelaki: I nak raba U sikit je sayang . . .
... Wanita 1: Tak nak la . . . Kalau terlanjur macam mana ?
Lelaki: Kita kawen la . . . I jumpa parents U . . .
Wanita 1: Betul ? U nak kawen dengan I ?
Lelaki : Betul sayang . . . Sumpah . . . U diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit je .

Setahun selepas itu . . .

Wanita 1: Sampai hati U . . . Tipu I . . . Dulu U kata nak kahwin dengan I . Tapi bila U dah dapat . U kawen dengan perempuan lain . . .
Lelaki: I lelaki , U ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak perempuan yang suci . . . Bukan macam U , yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami . U ingat I ***** ke nak kawen dengan U ?
Wanita1: Sampai hati U cakap macam tu , dulu . . . Masa U nak . . . Macam-macam janji manis U bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?
Lelaki: I lelaki . . . I cuma uji U je mase tu . . . Tapi U bagi . . . I ambil lah . . .
Wanita1: U memang jantan tak guna . . . I menyesal kenal dengan U !
Lelaki: U menyesal ? Tapi I puas . . . Jangan lupa datang kenduri I nanti .
Wanita1: U akan dapat balasannya nanti !
Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya . . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA .

Lelaki: Sayang . . . I love U so much . . .
Wanita 2: Me too sayang . . .
Lelaki: I bertuah kawen dengan U .
Wanita 2 : I pun , sayang . . . I ada something nak bagi tahu U ni . . .
Lelaki: Apa dia sayang ?
Wanita 2: Sebenarnya . . . I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . . . Untuk suka-suka je . . . Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami . . . U tak kisahkan ?
Lelaki: What ! ! !

Moral of the story – “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

Friday 9 December 2011

berat rasa hati )':

Assalamualaikum.....
behabuk dah blog ku nie..lamanya dah aku tak update dia kesian...hehehe..behabuk pun behabuk la..yang penting entry ku kali nie aku aku mau story sal perasaan terakhir ku di TAWAU..memang lain aku rasa sekarang nie..esok malam aku berangkat dah p kk..hari tu time 2 bulan lagi p kk rasa macam tak sabar jak mau p sana..skali last2 dah nie macam gantung betul aku rasa d tawau..mau lagi aku rasa stay lama2 d sini..mungkin time 2 bulan tu belum ramai lagi kawan2 d kampong..skali sekarang sekolah semuanya cuti sem dah...jadi kami bekumpul dah semuanya..orang semuanya dah balik kampong..huhuu...tapi tak apala..aku p sana pun bukannya aku p mana pun..aku p study, aku mau kejar cita2 ku...aku mesti kuat untuk harungi semuanya nie!!! mungkin kalau dah sampai kk...perasaan ku berubah dah jadi happy...banyak dah kawan2 ku yang dulu aku jumpa semuanya..tapi perasaan sedih tu tetap adala...tipu la aku kalau aku cakap tak sedih....bejauhan lagi dengan family ku...hidup bedikari sendiri lagi...makan megi lagi...dah la aku nie kuat makan....hahahhaha.... cuci kain sendiri..pokoknya semuanya la sendiri....aduhhhhhh....dan paling sering terjadi SAKEEETTT DUIT....nie perkara la yang paling sering terjadi sama aku...huhhhh....nasib la jgk sem nie aku stay d hostel..boleh jgk lagi aku save2 bajet ku...hehhehe....hmmmmm...aku tak tau la napa perasaan ku sekarang nie berat betul aku rasa mau tinggal kan tawau ba...aku pasti akan merindui semuanya d tawau setibanya aku d kk nanti....
hmmmm.....k la dulu entry ku kali nie..aku mau paking barang2 ku dulu...byeee......



gud bye tawau !!!!!

Saturday 5 November 2011

kisah asal usul hajar aswad (jom berdakwah di blog

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba- tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Tuesday 25 October 2011

alhamdulillah !!

gembiranya aku rasa malam nie...penantian yang aku tunggu selama ini..tercapai jgk akhirnya..akhirnya aku dapat sambung sekolah jgk bulan 12 nie...alhamdulillah !! syukur la..aku dapat di kk jgk..nasib baik la aku tak dapat di semenanjung..bukan apa bah..ongkos bah kalau di semanjung..kalau aku nie anak jutawan aku tak kisah jgk...heheh...baru lagi mau sesuaikan diri di tempat orang, life di sana lagi sosial, susah lagi mau balik kampong..kalau di kk jak senang sikit..orang bilang masih jgk area2 sabah..kalau mau balik kampong senang lagi...(balik kampong jgk yang penting owhh)...mood ku sekarang nie gembira betul..macam aku mau teriak jak owhhh...tapi keadaan tak megizinkan untuk aku beteriak di subuh2 ini....sebentar mak ku lemparkan aku parang kalau beteriak sekarang..hahahhaa.....dapat jgk lagi kami bejumpa dengan classmate ku yang dulu...nanti masuk nie...classmate lagi kami semua...huhuhu.....gembiranya rasa hati !!! aku tak tahu dah mau cakap apa.....fikiran ku sekarang nie mau sekolah jak sudah...boring dah aku duduk di rumah...hehehe...tapi yang tak bestnya nanti nie ORENTASI lagi...aduhhhh....capek dehh !!! tapi tak pa...demi mengejar cita2 ku....akan ku hadapi semuanya tu....apa pun...jumpa lagi kita di bulan disember...heheheh...

k la...mau tidur..ngntok !!


                                                         muka ku yang gembira !!!

Tuesday 11 October 2011

kita semakin jauh

assalamualikum...
ntah la kenapa boring betul aku malam nie bha. kawan2 ku yg chat aku di pesbuk pun,sekejap jak aku layan. boring tol aku. huhhhh... telampau di layan jgk ini perasaan bha !!! perasaan??? hmmmm.. entry ku nie kali aku mo meluah sal nie la "kita semakin jauh"... nie bukan maksudnya makin jauh dengan cewek. tapi dengan kawan ku..tak tau la kenapa perasaan ku nie macam makin jauh dah kita punya persahabatan.. aku pun tak faham jgk.. aku cuba carik kesalahan ku yg pernah aku buat dengan kau.. tapi aku rasa macam tak pernah aku sakiti hati mu.. kau terus terang bha kalau ada perkara yg aku pernah sakitkan hati mu?? boleh jgk aku mintak maaf dgn kau.. nie kau diam jak !! dari sekolah lagi kita sama2.. suka duka kita kongsi bersama.. apa yg pernah aku post di pesbuk hari tu,tu sal luahan hati ku la..yg aku post
"KAWAN YANG SAMA-SAMA MENAGIS MEMANG SUSAH DI CARI, TAPI KAWAN YG SETAKAT UNTUK HIBUR-HIBUR JAK, BANYAK DI TEPI JALAN" (fikir2 kan lah).. banyak dah kenagan manis & pahit yg kita lalui bersama.. ndak da rahsia bha antara kita berdua.. orang bilang..KAU TAHU AKU,AKU TAHU KAU... (kamu fhm2 sendiri la apa maksudnya nie ya) dan apa yg aku rasa sekarang, aku sangat kecik dah bebanding dengan kau...taraf ku dengan kau,rendah betul dah aku :'( .... aku tak tau dah mo meluah sama sapa nie.. aku mo meluah sama cewek..tapi aku mana la ada cewek kesian.. lonely bha aku nie.. tepaksa la blog ku nie jak menjadi saksi segala2 nya.. nasib la blog ku nie benda yg tak boleh berkata2 .. kalau dia boleh bekata2 .. tiap malam aku meluah sama dia .. huhhhhh :'( ... hmmmm....ntah la kenapa perasaan ku nie sangat jauh betul dah dengan kau... aku cukup jaga betul dah persahabatan kita nie... sedih aku owhhhh.... tapi aku berharap dan berharap agar perasaan ku yg aku rasa selama ini tak benar... amin !! dan aku beharap dan berharap lagi semoga kau tak berubah macam apa yg perasaan ku sangkakan selama nie ... moga-moga kita kekal bersahabat hingga kapan pun.... gud luck geng !!

Monday 3 October 2011

kasih tak sampai :'(

Indah.. 
Terasa indah.. 
Bila kita terbuai dalam alunan cinta.. 
Sedapat mungkin terciptakan rasa.. 
Keinginan saling memiliki 

Namun bila, 
Itu semua dapat terwujud 
Dalam satu ikatan cinta 
Tak semudah seperti yang pernah terbayang.. 
Menyatukan perasaan.... 

Tetaplah menjadi bintang dilangit 
Agar cinta kita akan abadi 
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini, 
Agar menjadi saksi cinta kita 
Berdua... 
Berdua.. 

Sudah.. 
Lambat sudah... 
Kini semua harus berakhir 
Mungkin inilah jalan yang terbaik 
Dan kita mesti relakan kenyataan ini 

Menjadi saksi kita berdua