rut

rut

Thursday, 19 April 2012

POLITEKNIK KOTA KINABALU TIDAK SELAMAT ?



Ada kewajarannya jika warga Politeknik Kota Kinabalu dan rakyat Sabah secara keseluruhannya perlu , merasa bimbang dan  'terancam' keselamatan anak-anak mereka berdasarkan perkembangan terkini politeknik yang siap dibina pada tahun 2003 itu. Kawasan yang pada mulanya adalah kawasan payau bakau, yang kemudiannya ditimbus untuk tujuan pembinaan  menyebabkan politeknik ini mengalami masalah mendapan Tanah yang serius. Selain daripada struktur pembinaannya yang tidak bermutu sehingga beberapa blok bangunan ini turut mengalami keretakan yang kronik.

Daripada beberapa sumber yang dipercayai juga mengakui bahawa Politeknik Kota Kinabalu ini tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki atau CF dari pihak berkuasa Tempatan. Namun yang menghairankan ialah bagaimana Politeknik ketujuh di bawah kelolaan dan seliaan Jabatan pengajian Politeknik (JPP) Kementerian pengajian Tinggi yang    menawarkan pengajian peringkat Diploma selama 3 tahun ini boleh 'terlepas' dan beroperasi selama hampir 9 tahun.Malahan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, dikhabarkan telah mengeluarkan surat bahawa Politeknik ini tidak selamat.

Gambar menunjukkan bumung bangunan ini terturun kerana mendapan tanah.

Selain itu beberapa rungutan mengenai keselamatan harta benda juga berlaku. Dikhabarkan kes kecurian peralatan di Politeknik ini turut berlaku. Beberapa kes kecurian seperti  aircorn dan peralatan lain juga berlaku walaupun di sebelah pintu utama politeknik ini ada pondok kawalan keselamatan.



Daripada tinjauan yang dilakukan, memang ada asasnya dakwaan sesetengah pihak berkaitan dengan isu ini. beberapa gambar yang disertakan juga menunjukkan memang benar berlaku keretakan di beberapa blok bangunan ini selain daripada bangunan di Blok B yang sedang dibaik pulih kerana mengalami masalah mendapan yang serius.


Jika benar berlaku salah guna kuasa ketika pembinaan Politeknik ini, atau terdapat unsur ketidaktelusan dalam pengurusan yang membabitkan pemberian 'kebenaran' untuk menduduki bangunan yang tidak selamat ini, satu laporan kepada SPRM perlu dibuat dan sewajarnya pihak SPRM mengambil tindakan mengenai perkara ini.







Pihak kerajaan negeri dan juga kementerian Pengajian Tinggi seharusnya peka kepada masalah yang berlaku ke atas politeknik ini , jangan hanya apabila berlaku kehilangan nyawa dan kerugian harta benda yang parah barulah mengambil tindakan. Waktu itu mungkin "nasi telah menjadi bubur".

Tuesday, 28 February 2012

jadi kan ia pengajaran..

SAYANG, I NAK RABA SAYANG.. SIKIT JE


Lelaki: I nak raba U sikit je sayang . . .
... Wanita 1: Tak nak la . . . Kalau terlanjur macam mana ?
Lelaki: Kita kawen la . . . I jumpa parents U . . .
Wanita 1: Betul ? U nak kawen dengan I ?
Lelaki : Betul sayang . . . Sumpah . . . U diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit je .

Setahun selepas itu . . .

Wanita 1: Sampai hati U . . . Tipu I . . . Dulu U kata nak kahwin dengan I . Tapi bila U dah dapat . U kawen dengan perempuan lain . . .
Lelaki: I lelaki , U ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak perempuan yang suci . . . Bukan macam U , yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami . U ingat I ***** ke nak kawen dengan U ?
Wanita1: Sampai hati U cakap macam tu , dulu . . . Masa U nak . . . Macam-macam janji manis U bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?
Lelaki: I lelaki . . . I cuma uji U je mase tu . . . Tapi U bagi . . . I ambil lah . . .
Wanita1: U memang jantan tak guna . . . I menyesal kenal dengan U !
Lelaki: U menyesal ? Tapi I puas . . . Jangan lupa datang kenduri I nanti .
Wanita1: U akan dapat balasannya nanti !
Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya . . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA .

Lelaki: Sayang . . . I love U so much . . .
Wanita 2: Me too sayang . . .
Lelaki: I bertuah kawen dengan U .
Wanita 2 : I pun , sayang . . . I ada something nak bagi tahu U ni . . .
Lelaki: Apa dia sayang ?
Wanita 2: Sebenarnya . . . I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . . . Untuk suka-suka je . . . Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami . . . U tak kisahkan ?
Lelaki: What ! ! !

Moral of the story – “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”